Tujuan
Sarana Sekolah
• Mewujudkan
SISTEM PEMBELAJARAN dengan memberi penekanan kepada enam (6) elemen yang
menyokong pembelajaran
• Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang
mempunyai kepentingan dengan sekolah
• Meningkatkan
penglibatan ibu bapa (IB), komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran murid
melalui soal selidik penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
• Membantu
pihak sekolah dengan kerjasama PIBG merancang aktiviti atau program sekolah
yang boleh melibatkan pihak-pihak yang berkenaan secara aktif dan berkesan
• Membantu
pihak sekolah menjadikan sekolah sebagai sekolah berkesan dengan penglibatan
aktif pihak yang berkaitan
Sistem
Pembelajan
• Pembelajaran
berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam
komuniti
• Sekolah
mesti menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja
positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti
Kerjasama
sekolah dengan ibu bapa:
▪ Mempunyai tanggung jawab yang dikongsi
bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk
murid
▪ Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam
membantu pembelajaran murid
▪ Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan
sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka
Kerjasama
sekolah dengan komuniti:
▪ Mendapat kerjasama secara sukarela
daripada pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan
memberi manfaat kepada sekolah setempat
▪ Menggalakkan pelibatan murid dalam
pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui
proses tersebut
6 elemen yang
menyokong pembelajaran yang menjurus kepada SISTEM PEMBELAJARAN:
• Iklim
Sekolah
• Komunikasi
Berkesan
• Sokongan
Terhadap Kejayaan Murid
• Tanggungjawab
Bersama
• Keputusan
Bersama
• Kerjasama
Dengan Komuniti
Iklim
sekolah
Iklim sekolah menggambarkan aspek fizikal dan psikologikal
sekolah yang menjadi prasyarat untuk pembelajaran dan pengajaran
i.
Aspek
Fizikal :
Keadaan fizikal sekolah mengalu-alukan murid dan guru untuk ke sekolah
dan kondusif untuk pembelajaran
Ciri-ciri:
•
Keselamatan dan keselesaan murid diutamakan
•
Kawasan sekolah dan tandas bersih
•
Bilik darjah menarik dan teratur
•
Peralatan yang disediakan selamat untuk
digunakan
•
Papan penunjuk arah disediakan untuk memudahkan
pergerakan dalam kawasan sekolah
ii.
Aspek
Sosial :
Sekolah menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid dan guru, guru
dan ibu bapa / penjaga, pihak sekolah dan komuniti
Ciri-ciri:
•
Murid berinteraksi secara aktif dengan guru
•
Suasana sekolah tidak hingar-bingar
•
Murid digalakkan memberi cadangan dan pendapat
•
Keputusan dibuat dengan mengambil kira pendapat
semua pihak yang berkenaan
•
Staf dan murid dilatih untuk menyelesaikan
masalah
•
Staf sekolah berinteraksi dengan ibu bapa , ahli
komuniti dan lain-lain tetamu sekolah dengan
mesra dan sopan
•
Murid dilatih menghormati semua individu yang
lebih tua daripada mereka
iii.
Aspek
Emosi :
Sekolah menggalakkan semangat kekitaan dan harga diri
Ciri-ciri:
•
Murid bangga berada di sekolah
•
Murid merasa diri mereka sebahagian daripada
sekolah
•
Murid, guru dan kakitangan merasa mereka penting
dalam menentukan kejayaan sekolah
•
Murid berkeyakinan terhadap staf sekolah
•
Murid dan staf dihormati
•
Pencapaian
murid diiktiraf dan diraikan
•
Ibu bapa merasakan sekolah tempat yang menarik
dan mesra
•
Guru bersemangat untuk membantu murid berjaya
iv.
Aspek
Akademik :
Sekolah menggalakkan pembelajaran dan pencapaian kendiri
Ciri-ciri :
•
Guru merancang pembelajaran dengan mengambil
kira murid mempunyai kecerdasan pelbagai
•
Harapan terhadap murid tinggi. Semua murid
diberi galakan dan bantuan untuk mencapai harapan tersebut
•
Guru mempunyai pengetahuan dan keyakinan yang
tinggi
•
Kemajuan murid kerap dipantau
•
Pencapaian dan kejayaan murid dihargai
•
Pencapaian murid
dalam pentaksiran disampaikan kepada ibu bapa dengan segera
KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi berkesan meliputi perkongsian maklumat secara dua hala dengan :Murid, Guru dan Kumpulan Sokongan, Ibu bapa/Penjaga dan Ahli komuniti
Komunikasi berkesan meliputi perkongsian maklumat secara dua hala dengan :Murid, Guru dan Kumpulan Sokongan, Ibu bapa/Penjaga dan Ahli komuniti
Ciri-ciri :
• Penerangan
yang jelas
• Berkomunikasi
dengan ayat pendek dan jelas
• Berkomunikasi
dengan nada biasa
• Menerima
tanggungjawab tanpa memberi helah
• Meminta
pertolongan dengan baik
• Menggunakan
empati (berusaha menyelam perasaan orang lain) tetapi bahasa yang dihormati
Tindakan komunikasi berkesan :
i.
Ibu bapa / penjaga:
•
Maklum peraturan sekolah
•
Maklum mengenai jadual persekolahan anak
termasuk jadual untuk aktiviti kokurikulum
•
Maklum aktiviti yang disertai anak mereka
•
Maklum mengenai visi dan misi sekolah
•
Maklum mengenai kerja rumah yang perlu disiapkan
oleh anak
•
Dianggap rakan kongsi oleh pihak sekolah
ii. Guru
dan kakitangan bukan guru:
•
Maklum peraturan yang perlu dipatuhi
•
Mempunyai kemahiran interpersonal
•
Menghormati
dan mengalu-alukan pendapat murid dan ibu bapa serta ahli komuniti
iii. Sekolah:
•
Mengalu-alukan
maklum balas dari ibu bapa dan ahli komuniti
•
Kerap berkomunikasi dengan ibu bapa sebagai rakan kongsi melalui
buku komunikasi murid, laman web sekolah, buletin, surat siaran dan sebagainya
•
Merancang supaya kerja rumah yang diberi
SOKONGAN
TERHADAP KEJAYAAN MURID
Ibu bapa, staf sekolah, PIBG/LPS, alumni dan ahli komuniti perlu bekerjasama untuk menyokong pembelajaran murid secara aktif di sekolah dan luar sekolah
Ibu bapa, staf sekolah, PIBG/LPS, alumni dan ahli komuniti perlu bekerjasama untuk menyokong pembelajaran murid secara aktif di sekolah dan luar sekolah
•
Sekolah membantu murid dalam menetapkan sasaran
mereka
•
Sekolah membantu murid merancang masa depan
dengn mengikuti aliran yang sesuai dengan mereka
•
Ibu bapa diminta membantu memupuk minat membaca
dalam kalangan anak mereka (SPI Bil. 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca)
•
Kejayaan murid dijadikan agenda perbincangan
dalam mesyuarat dengan PIBG/LPS/Alumni dan komuniti setempat
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Guru dan ibu bapa saling bantu-membantu dan melengkapi berdasarkan kemahiran dan
pengetahuan masing-masing
Adakah
sekolah melibatkan rakan kongsi (ibu bapa / alumni / komuniti) dalam usaha
menjayakan murid?
è -> Penglibatan aktif ibu bapa dalam pembelajaran
anak mempunyai kesan terhadap kejayaan mereka
Contoh :
1.
Ibu bapa / penjaga
a.
Dilibatkan sama dalam memantau kemajuan anak
mereka
b.
Diminta memastikan anak mereka mempunya jadual
belajar di rumah
c.
Dilibatkan sama dalam mengurus program
kecemerlangan akademik / kegiatan kokurikulum / latihan untuk pertandingan
d.
Dilibatkan bersama-sama mengiringi murid semasa
pertandingan dan lawatan (rujuk SPI 12/2000:
Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan)
Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan)
2.
PIBG / LPS / alumni / ahli komuniti dilibatkan
sama dalam menguruskan program
kecemerlangan akademik serta kokurikulum
sama dalam menguruskan program
kecemerlangan akademik serta kokurikulum
KEPUTUSAN BERSAMA
Semua pihak terbabit (pemegang taruh) dilibatkan dalam membuat keputusan dan diupayakan
Semua pihak terbabit (pemegang taruh) dilibatkan dalam membuat keputusan dan diupayakan
• Pembelajaran
seharusnya berlaku di dalam dan di luar sekolah, dengan itu akan berlakulah
perubahan daripada Sistem Persekolahan kepada Sistem Pembelajaran
• Dalam
usaha memasti perubahan sistem tersebut berlaku, pemegang taruh seperti ibu
bapa, PIBG / LPS, Alumni perlu dilibatkan dalam membuat keputusan serta
digerakkan dan diupayakan
Keputusan Bersama yang Menyokong Pembelajaran
•
Pandangan dan penilaian ibu bapa dihargai.
•
Keputusan mengenai cara mengatasi masalah
disiplin murid dibuat bersama-sama ibu bapa dan ahli komuniti.
•
Majlis permuafakatan digunakan sebagai landasan
untuk merancang program kecemerlangan murid dan mengatasi masalah disiplin.
Contoh:
•
Pendapat ibu bapa dirujuk dalam menetapkan
sasaran pencapaian anak mereka
•
PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam
menetapkan program motivasi murid
•
PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam
menetapkan program peningkatan potensi murid
•
PIBG/LPS/alumni/komuniti dirujuk dalam usaha
meningkatkan peratus kehadiran murid
•
PIBG/LPS/alumni/komuniti dirujuk dalam usaha
mengurangkan peratus kes disiplin dalam kalangan murid
•
PIBG/LPS/alumni/komuniti dilibatkan dalam
menilai program sekolah
•
Hubungan sekolah dengan ahli majlis
permuafakatan adalah erat
•
Sekolah menyediakan peti cadangan untuk mendapat
maklum balas ibu bapa
KERJASAMA DENGAN KOMUNITI
Proses menyelesaikan masalah secara bersama melibatkan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan
Proses menyelesaikan masalah secara bersama melibatkan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan
• Semua
pihak mempunyai matlamat yang sama dalam menyelesaikan masalah
• Semua
pihak merasa mereka penting dalam menyumbang ke arah kejayaan murid
• Semua
pihak berkepentingan selesa bekerjasama antara satu dengan lain
• Semua
pihak menghormati antara satu dengan lain
• Kemudahan
sekolah dikongsi dengan ahli komuniti
• Warga
sekolah melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti komuniti
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
KSIB
adalah satu Jawatankuasa yang wujud dalam struktur PIBG sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi
merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih
banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi
mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda
•
Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa
untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak
•
Mewujudkan sokongan berterusan
•
Membantu apabila berlaku krisis
•
Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah
•
Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber
•
Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi
pendidikan, perubatan dan lain-lain
•
Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi
maklum balas yang membina
Penubuhan KSIB
1. Pemakluman
PIBG kepada ahli-ahli dan edaran soal selidik(Borang B – Saya berminat
menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)
2. Edar
borang sukarelawan KSIB (bagi ahli komuniti yang tiada anak bersekolah di
sekolah tersebut juga menggunakan Borang B – Saya berminat menyertai
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa)
3. Adakan
mesyuarat penubuhan KSIB PIBG. Antara lain:
a.
Nyatakan kenapa KSIB ditubuhkan, apa yang hendak
dicapai dan apa yang hendak dilakukan bersama.
b.
Bentuk beberapa jawatankuasa untuk objektif
khusus, contohnya:
i. Silaturrahim
ii. Komunikasi
iii. Pentadbiran
iv. Dana dan kemahiran dsb
4. Adakan
mesyuarat lanjutan bagi membentuk pelan tindakan dan rangka kerja
5. Hubungi
pihak yang dapat membantu seperti KEMAS, LPPKN, JKOA dan sebagainya dalam usaha mempertingkatkan kemahiran ibu bapa dalam aspek tertentu SUKARELAWAN KSIB
No comments :
Post a Comment