Tujuan Sarana Ibu Bapa :
•
Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak.
•
Membantu ibu bapa meningkatkan penglibatan
mereka dalam pembelajaran anak melalui “Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa Dalam
Pembelajaran Anak-Anak”
•
Dapatan analisa soal selidik berupaya mengukur
tahap penglibatan IB dalam pembelajaran anak mereka
•
Berdasarkan hasil dapatan soal selidik IB dapat
meningkatkan usaha mereka dalam mendidik dan membimbing anak
•
Memberi panduan kepada ibu bapa berkaitan
peranan mereka dalam membantu pembelajaran anak
•
Memberi beberapa contoh amalan terbaik berkaitan
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak
Penglibatan Ibu Bapa (IB)
•
Penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran
anak sangat penting
•
Terbukti bahawa ibu bapa yang terlibat secara
aktif dalam pendidikan anak menghasilkan anak yang berjaya dalam kehidupan
mereka
•
Ibu bapa perlu peka kepada 4 perkara berikut:
•
Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
•
Interaksi sosial dengan anak
•
Komunikasi dengan anak
•
Sokongan terhadap kecemerlangan anak
PENYEDIAAN SUASANA PEMBELAJARAN MURID
DI RUMAH
•
Sediakan satu tempat / ruang untuk anak belajar
•
Pastikan terdapat jadual waktu belajar /
ulangkaji anak
•
Jauhkan gangguan yang akan mengurangkan tumpuan
belajar anak
•
Pastikan anak mengemas dan membersihkan tempat
belajar
INTERAKSI SOSIAL DENGAN ANAK
•
Bualkan tentang apa sahaja dengan anak
•
Galakkan anak bercakap dan beri tumpuan kepada
apa yang ucapkan
•
Bercerita dengan anak-anak yang masih kecil
tentang cerita bernilai positif
•
Makan bersama sambil berbual mesra
•
Beriadah bersama-sama anak-anak
•
Menerapkan kefahaman agama/moral, budi bahasa,
ada resam serta seni dan budaya.
•
Kekalkan interaksi dengan anak sepanjang usia
KOMUNIKASI DENGAN ANAK
•
Berbincang dengan anak mengenai pelajaran
•
Mendengar anak bercerita tentang sekolah
•
Berhubung dengan pihak sekolah mengenai kemajuan
anak
Persepsi Ibu Bapa (IB) dan Guru
i.
Kami tidak tahu bagaimana hendak bercakap dengan
guru anak kami
•
Bimbang jika guru salah anggap tentang kami dan
anak kami
•
Apa yang kami ajar di rumah tidak sama dengan
apa yang guru ajar di sekolah…
ii.
Kami tahu anak-anak dan guru-guru telah bekerja
keras untuk meraih kejayaan
•
Kejayaan dalam pelajaran perlu dikuti dengan
kejayaan dalam hidup
•
IB, guru dan komuniti mempunyai peranan
masing-masing dalam hal ini
iii.
Guru-guru juga ingin tahu yang anda menyokong
mereka
•
Dengan sokongan dari IB, guru lebih fokus
mengajar, kerana mereka tahu apa yang mereka buat mendapat penghargaan
•
Berbincanglah dengan guru anak-anak anda pada
awal tahun persekolahan
Peranan Ibu Bapa (IB)
i.
Jurulatih
– menyediakan peluang dan ruang belajar untuk anak belajar di sekolah dan rumah
• Tunjukkan
minat terhadap pembelajaran anak, puji dan dorong
• Lakukannya
setiap hari
• Galakkan
anak meneroka, menemukan dan memikirkan
• Membaca
bersama anak
• Bantu
anak menemukan sains dan matematik di
mana-mana
ii.
Mentor –
menasihat, membinbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan, menunjuk cara dan lain-lain
•
Puji dan raikan kejayaan
•
Jangan perbesarkan kesilapan anak
•
Beri anak keyakinan untuk mendapatkan bantuan
daripada guru
•
Bantu anak mengesan kemajuan mereka
iii.
Penyokong
– menyokong, mempertahankan, meyakinkan anak
•
Kejayaan anak bergantung kepada apa yang guru,
ibu bapa dan sekolah buat.
•
Persekitaran dan komuniti menjadi medan yang
menguji sama ada anak anda akan terus berkembang maju atau sebaliknya.
Untuk menyokong dan menjamin kejayaan anak:
- • Bertemu guru anak-anak anda, kehadiran anda menyemarakkan semangat anak kerana dia tahu antara anda dan gurunya ada suatu “perkaitan”.
- • Jika guru dan IB saling mengenali, wujud rasa hormat-menghormati akan kepakaran masing-masing.
- • Dengar dan beri tumpuan apabila anak merungut tentang guru di sekolah, tetapi cuba selidiki dengan teliti tanpa membuat sebarang kritikan terhadap guru. Cuba cari kebenaran tanpa menyebelahi mana-mana pihak
- • Guru juga adalah IB, jadi sekiranya anda boleh berbincang dengan cara baik dan sihat dengan guru, kesulitan yang anak anda hadapi boleh dirungkaikan.
- • Sekiranya ingin menghadiri majlis atau mesyuarat PIBG, tanyalah anak anda sekiranya dia mempunyai soalan / cadangan.
iv. Sentiasa bermaklumat – terkini dengan apa
yang berlaku di sekolah
v.
Menjadualkan
kehidupan – mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia
- Utamakan pendidikan setiap masa
- Murid yang teratur tiada stres
- Keteraturan hidup membina sahsiah murid
vi. Sahabat kepada Anak Remaja – mendampingi
anak remaja sebagai seorang sahabat
Tindakan Ibu Bapa
Terdapat 3 tindakan yang perlu IB lakukan:
•
Soal selidik penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak
•
Maklum balas kaji selidik ibu bapa dan borang
penyertaan kumpulan perbincangan ibu bapa / penjaga (KSIB) – Borang A
•
Bidang khidmat bantu kepada sekolah – Borang B
Tugasan Ibu Bapa
Soal selidik dan borang-borang
yang diedarkan bertujuan untuk IB menganalisis sendiri penglibatan
mereka dalam pembelajaran anak-anak dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas
keperluan-keperluan yang timbul
• IB
boleh menggunakan analisis kendiri bagi mendapatkan profil keterlibatan dalam pembelajaran anak dan merancang program
peningkatan kendiri
• Sekolah
dan PIBG boleh merancang program bagi meningkatkan penglibatan IB dalam
pembelajaran anak bagi menghasilkan
suatu persekitaran pembelajaraan yang
berkesinambungan dari sekolah ke rumah dan komuniti
Soal selidik penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran anak-anak
- Lengkapkan soal selidik penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak
- Jumlahkan skor pada setiap bahagian dan tentukan prestasi anda berbanding indikator
- Bandingkan markah keseluruhan anda dengan indikator dan tentukan isu mana yang hendak ditangani terlebih dahulu
- Pertingkatkan penglibatan anda mengikut kemampuan
- Sekiranya anda mahu, sertailah Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG sekolah anak anda untuk perkongsian yang lebih bermakna. Mungkin hasilnya lebih baik
- Caranya mudah sahaja. Cuma isi dan kembalikan Borang A kepada PIBG sekolah anak anda. Kembalikan juga Borang B jika ingin membantu sekolah
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
adalah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu
bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan
percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara
anda dan anak anda
•
Penggunaan
SARANA IBU BAPA secara komprehensif dan berkesan
•
Ibu bapa / penjaga dapat memupuk dan mengasuh
anak dengan sikap:
•
Tangggungjawab
•
Semangat memburu kejayaan
•
Mempunyai
hala tuju
•
Penglibatan
IB dalam pembelajaran anak meningkat
•
Penglibatan IB dalam KSIB
•
Lebih ramai IB akan sukarela memberi khidmat
dalam pelaksanaan aktiviti sekolah berdasarkan bidang:
•
Akademik
•
Kokurikulum
•
Bimbingan kerjaya
•
4K (kebersihan, keceriaan, keselamatan dan
kesihatan)
•
Penyelenggaraan sekolah
•
Motivasi
•
Potensi
dan bakat anak meningkat
•
Nilai positif dalam diri anak terpupuk dengan
baik dan kekal sebagai budaya hidup
•
Kadar masalah disiplin menurun
•
Pencapaian akademik anak meningkat
•
Kejayaan anak secara holistik berlaku
•
Kualiti pendidikan negara bertambah baik