Sarana Ibu Bapa

Tujuan Sarana Ibu Bapa :
•       Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak.
•       Membantu ibu bapa meningkatkan penglibatan mereka dalam pembelajaran anak melalui “Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pembelajaran Anak-Anak”
•       Dapatan analisa soal selidik berupaya mengukur tahap penglibatan IB dalam pembelajaran anak mereka
•       Berdasarkan hasil dapatan soal selidik IB dapat meningkatkan usaha mereka dalam mendidik dan membimbing anak 
•       Memberi panduan kepada ibu bapa berkaitan peranan mereka dalam membantu pembelajaran anak
•       Memberi beberapa contoh amalan terbaik berkaitan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak

Penglibatan Ibu Bapa (IB)
•       Penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran anak sangat penting
•       Terbukti bahawa ibu bapa yang terlibat secara aktif dalam pendidikan anak menghasilkan anak yang berjaya dalam kehidupan mereka
•       Ibu bapa perlu peka kepada 4 perkara berikut:
•       Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
•       Interaksi sosial dengan anak
•       Komunikasi dengan anak
•       Sokongan terhadap kecemerlangan anak

PENYEDIAAN SUASANA PEMBELAJARAN MURID DI RUMAH
•       Sediakan satu tempat / ruang untuk anak belajar
•       Pastikan terdapat jadual waktu belajar / ulangkaji anak
•       Jauhkan gangguan yang akan mengurangkan tumpuan belajar anak
•       Pastikan anak mengemas dan membersihkan tempat belajar

INTERAKSI SOSIAL DENGAN ANAK
•       Bualkan tentang apa sahaja dengan anak
•       Galakkan anak bercakap dan beri tumpuan kepada apa yang ucapkan
•       Bercerita dengan anak-anak yang masih kecil tentang cerita bernilai positif
•       Makan bersama sambil berbual mesra
•       Beriadah bersama-sama anak-anak
•       Menerapkan kefahaman agama/moral, budi bahasa, ada resam serta seni dan budaya.
•       Kekalkan interaksi dengan anak sepanjang usia

KOMUNIKASI DENGAN ANAK
•       Berbincang dengan anak mengenai pelajaran
•       Mendengar anak bercerita tentang sekolah
•       Berhubung dengan pihak sekolah mengenai kemajuan anak

Persepsi Ibu Bapa (IB) dan Guru

i.         Kami tidak tahu bagaimana hendak bercakap dengan guru anak kami
•          Bimbang jika guru salah anggap tentang kami dan anak kami
•          Apa yang kami ajar di rumah tidak sama dengan apa yang guru ajar di sekolah…

ii.       Kami tahu anak-anak dan guru-guru telah bekerja keras untuk meraih kejayaan
•       Kejayaan dalam pelajaran perlu dikuti dengan kejayaan dalam hidup
•       IB, guru dan komuniti mempunyai peranan masing-masing dalam hal ini

iii.      Guru-guru juga ingin tahu yang anda menyokong mereka
•       Dengan sokongan dari IB, guru lebih fokus mengajar, kerana mereka tahu apa yang mereka buat mendapat penghargaan
•       Berbincanglah dengan guru anak-anak anda pada awal tahun persekolahan

Peranan Ibu Bapa (IB)

i.         Jurulatih – menyediakan peluang dan ruang belajar untuk anak belajar di sekolah dan rumah
•       Tunjukkan minat terhadap pembelajaran anak, puji dan dorong
•       Lakukannya setiap hari
•       Galakkan anak meneroka, menemukan dan memikirkan
•       Membaca bersama anak
•       Bantu anak menemukan sains dan matematik  di mana-mana

ii.       Mentor – menasihat, membinbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan, menunjuk  cara dan lain-lain
•       Puji dan raikan kejayaan
•       Jangan perbesarkan kesilapan anak
•       Beri anak keyakinan untuk mendapatkan bantuan daripada guru
•       Bantu anak mengesan kemajuan mereka

iii.   Penyokong – menyokong, mempertahankan, meyakinkan anak
•       Kejayaan anak bergantung kepada apa yang guru, ibu bapa dan sekolah buat.
•       Persekitaran dan komuniti menjadi medan yang menguji sama ada anak anda akan terus berkembang maju atau sebaliknya.

    Untuk menyokong dan menjamin kejayaan anak:
  • •  Bertemu guru anak-anak anda, kehadiran anda menyemarakkan semangat anak kerana dia tahu antara anda dan gurunya ada suatu “perkaitan”.
  • •  Jika guru dan IB saling mengenali, wujud rasa hormat-menghormati akan kepakaran masing-masing.
  • •  Dengar dan beri tumpuan apabila anak merungut tentang guru di sekolah, tetapi cuba selidiki dengan teliti tanpa membuat sebarang kritikan terhadap guru. Cuba cari kebenaran tanpa menyebelahi mana-mana pihak
  • •  Guru juga adalah IB, jadi sekiranya anda boleh berbincang dengan cara baik dan sihat dengan guru, kesulitan yang anak anda hadapi boleh dirungkaikan.
  • •  Sekiranya ingin menghadiri majlis atau mesyuarat PIBG, tanyalah anak anda sekiranya dia mempunyai soalan / cadangan.


iv.  Sentiasa bermaklumat – terkini dengan apa yang berlaku di sekolah


v.    Menjadualkan kehidupan – mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia
  •       Utamakan pendidikan setiap masa
  •        Murid yang teratur tiada stres
  •        Keteraturan hidup membina sahsiah murid



vi.  Sahabat kepada Anak Remaja – mendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat

Tindakan Ibu Bapa
Terdapat 3 tindakan yang perlu IB lakukan:
•       Soal selidik penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak
•       Maklum balas kaji selidik ibu bapa dan borang penyertaan kumpulan perbincangan ibu bapa / penjaga (KSIB) – Borang A
•       Bidang khidmat bantu kepada sekolah – Borang B

Tugasan Ibu Bapa
Soal selidik dan borang-borang  yang diedarkan bertujuan untuk IB menganalisis sendiri penglibatan mereka dalam pembelajaran anak-anak dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas keperluan-keperluan yang timbul
•       IB boleh menggunakan analisis kendiri bagi mendapatkan profil keterlibatan  dalam pembelajaran anak dan merancang program peningkatan kendiri
•       Sekolah dan PIBG boleh merancang program bagi meningkatkan penglibatan IB dalam pembelajaran  anak bagi menghasilkan suatu  persekitaran pembelajaraan yang berkesinambungan dari sekolah ke rumah dan komuniti

Soal selidik penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak
  • Lengkapkan soal selidik penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak
  • Jumlahkan skor pada setiap bahagian dan tentukan prestasi anda berbanding indikator
  • Bandingkan markah keseluruhan anda dengan indikator dan tentukan isu mana yang hendak ditangani terlebih dahulu
  • Pertingkatkan  penglibatan anda mengikut kemampuan
  • Sekiranya anda mahu, sertailah Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG sekolah anak anda untuk perkongsian yang lebih bermakna. Mungkin hasilnya lebih baik
  • Caranya mudah sahaja. Cuma isi dan kembalikan Borang A kepada PIBG sekolah anak anda. Kembalikan juga Borang B jika ingin membantu sekolah


Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) adalah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda

•          Penggunaan SARANA IBU BAPA secara komprehensif dan berkesan
•          Ibu bapa / penjaga dapat memupuk dan mengasuh anak dengan sikap:
•          Tangggungjawab
•          Semangat memburu kejayaan
•                          Mempunyai hala tuju
•          Penglibatan IB dalam pembelajaran anak meningkat
•          Penglibatan IB dalam KSIB
•          Lebih ramai IB akan sukarela memberi khidmat dalam pelaksanaan aktiviti sekolah berdasarkan bidang:
•          Akademik
•           Kokurikulum
•          Bimbingan kerjaya
•          4K (kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kesihatan)
•          Penyelenggaraan sekolah
•          Motivasi
•          Potensi dan bakat anak meningkat
•          Nilai positif dalam diri anak terpupuk dengan baik dan kekal sebagai budaya hidup
•          Kadar masalah disiplin menurun
•          Pencapaian akademik anak meningkat
•          Kejayaan anak secara holistik berlaku

•          Kualiti pendidikan negara bertambah baik